Berita Baik Punya
Saturday, 24 October 2015
Wednesday, 3 December 2014
Perlawanan pertama separuh akhir di Stadium Shah Alam menentang Vietnam!
HyppTV merupakan servis IPTV yang dibawakan oleh Telekom Malaysia (TM).
Saturday, 19 July 2014
Akhirnya maut memisahkan pelajar Malaysia, Belanda sebagai pasangan kekasih>
Bekas pelajar Melbourne University, Elaine Teoh (gambar), dan teman
lelakinya Emiel Mahler, yang terkorban dalam tragedi MH17 merupakan
pasangan kekasih yang amat menghormati satu sama lain hingga ke akhir
hayat mereka, kata rakan baik mereka Tan Sook Theng.
"Melihatnya
begitu bahagia di alam percintaan membuat saya, sebagai seorang kawan,
berasa sungguh bersyukur kerana nasib mempertemukan mereka dan alangkah
baiknya jika semua orang mempunyai hubungan baik seperti yang terjalin
antara mereka."Mereka menjadikan kehidupan satu sama lain begitu bahagia, sambil mempamerkan kebaikan masing-masing. Sesungguhnya, mereka saling melengkapi kehidupan satu sama lain," katanya melalui e-mel.
Tan, 27, yang berkawan rapat dengan Teoh sejak 13 tahun lepas, bercadang menjemput rakannya itu di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) pada 6.10 pagi hari berkenaan, sebelum mengetahui bahawa pesawat yang dinaiki pasangan itu terhempas di Ukraine.
"Kali terakhir kami berhubung melalui Whatsapp ialah pada hari dia menaiki pesawat berkenaan dan kami tidak sabar untuk bertemu kembali setelah berjumpa kali terakhir pada Januari tahun ini.
"Kami merancang mengisi hujung minggu ini bersama-sama dan selama ini, kami saling berhubung setiap minggu. Sekarang, tak ada lagi semua itu," kata Tan.
Sambil menyifatkan Teoh sebagai seorang yang pintar, kelakar dan manis, Tan berkata rakannya itu sering menjadi tempatnya berkongsi pelbagai perkara dan meminta pertolongan.
"Dia baik hati, bersemangat tinggi dan penyayang. Dia ibarat anggota keluarga saya sendiri," kata Tan.
Teoh, yang berasal dari Pulau Pinang, dan Mahler, warganegara Belanda, kedua-duanya berusia 27 tahun, tinggal di Melbourne dan bertugas dalam bidang kewangan.
Pasangan yang mula menjalin ikatan pada 2012 ini bercuti di Portugal dan Belanda sebelum menaiki Penerbangan MH17 pada tengahari Khamis dari Amsterdam ke Kuala Lumpur.
Hingga kini, laman Facebook Teoh dan Mahler dibanjiri mesej oleh ahli keluarga dan rakan mereka untuk mengucapkan takziah tentang pemergian pasangan itu.
Tulisan terbaru dalam Facebook Teoh berbunyi: "Pergimu terlalu awal, antara manusia paling baik, mesra dan berhemah yang pernah saya jumpa. Wanita yang tidak lokek dengan senyuman dan berjiwa besar."
Rakan Mahler bernama Jee Wok Jung pula menulis dalam laman Facebooknya: "Kami akan amat merinduimu. Lelaki yang amat baik, kami tidak akan lupa semua saat indah ketika bersamamu dulu. Tenanglah kamu di sana, duhai sahabat!"
Sementara itu, saudara lelaki Teoh bernama David menulis dalam laman Facebooknya: "Walaupun kami faham terdapat pelbagai pendapat dan komen tentang MH17, tetapi saya meminta semua kawan saya supaya terus bersikap bijak dan tenang apabila membicarakan tentangnya dan berdoalah untuk keluarga saya ketika kami menghadapi detik-detik yang mencabar ini. Doa dan ingatan anda amat kami hargai."
Pesawat Malaysia Airlines penerbangan MH17, yang membawa 298 penumpang dan anak kapal, terhempas di timur Ukraine ketika dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur pada Khamis. – Bernama, 19 Julai, 2014.
Kejam - Janin bayi di buang dalam beg di di Empangan Sungai Kulim !
BUKIT MERTAJAM - Seorang lelaki terkejut apabila bungkusan kain yang disangka sampah yang ditemui di pintu air Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) empangan Sungai Kulim, Guar Perahu di sini mengandungi janin bayi.Lelaki itu, yang lalu di kawasan berkenaan menemui janin itu pada 2.45 petang tadi, kemudian menghubungi polis untuk memaklumkan perkara tersebut.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Rusli Mohd Noor berkata, ketika ditemui, janin bayi yang cukup sifat itu dibungkus dengan kain putih.
"Keadaan janin itu sudah berwarna biru dan kita percaya janin itu dibuang lebih daripada 24 jam, setakat ini, identiti dan bangsa tidak dapat dipastikan," katanya ketika dihubungi hari ini.
Rusli juga berkata semasa pihaknya menjalankan siasatan di kawasan penemuan janin itu, polis menemui mayat seorang lelaki dipercayai warga asing terapung di empangan berkenaan.
Beliau berkata mayat itu, yang dibungkus dengan kain pelikat, ditemui kira-kira 50 meter daripada janin berkenaan.
"Pasukan forensik telah menjalankan siasatan awal dan mendapati tiada unsur-unsur jenayah dan mangsa dipercayai dibuang di empangan berkenaan lebih 24 jam berdasarkan keadaan mayat," katanya.
Rusli berkata janin dan mayat lelaki itu dihantar ke Hospital Seberang Jaya untuk bedah siasat.
Beliau meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung janin dan mayat lelaki berkenaan agar menghubungi balai polis berdekatan bagi membantu siasatan.
Gambar panas Maria Farida pakai skirt belahan paras peha>
Mungkin korang masih ingat kontroversi yang dikaitkan dengan pelakon hebat bergelar HOT MAMA, Maria Farida gara-gara memuatnaik sekeping foto bikini dan seluar dalam miliknya di laman Instagram peribadi.
Perkongsian itu mendapat respon negatif dari para peminatnya sehingga membuatkan Maria naik angin dan masih geram sehingga kini. Salah siapa sebenarnya?
Apapun, lupakan gosip hangat itu sementara dan layan sekeping gambar panas Maria Farida di bawah ketika memakai skirt belahan paras peha.
Meskipun tampil secara santai dan nampak biasa namun oleh kerana gelaran imej seksinya selama ini, Maria tetap kelihatan begitu sensasi.
Perkongsian itu mendapat respon negatif dari para peminatnya sehingga membuatkan Maria naik angin dan masih geram sehingga kini. Salah siapa sebenarnya?
Apapun, lupakan gosip hangat itu sementara dan layan sekeping gambar panas Maria Farida di bawah ketika memakai skirt belahan paras peha.
Meskipun tampil secara santai dan nampak biasa namun oleh kerana gelaran imej seksinya selama ini, Maria tetap kelihatan begitu sensasi.
Wanita Pakai Baju Bertulis Ayat Al-Quran Cetus Kemarahan>
Seorang lelaki berbangsa Arab mengamuk dan memarahi seorang wanita di Pasar Raya Hero Taman Dagang, Ampang kerana memakai baju dengan corak ayat-ayat Al-Quran.Namun, identiti wanita tersebut masih belum diketahui.
Dari sumber yang tidak rasmi mengatakan wanita ini berasal dari Korea. Dia membeli baju ini semasa melancong di negara India. Di baju tersebut, tertera surah Al-Fatihah.
Isu ini amat sensitif. Isu ini memang menyentuh hati orang Islam! Silap-silap hari bulan, boleh jadi isu yang amat besar. 'Mereka' seolah-olah tidak pernah letih untuk menduga kesabaran orang islam.
Pakaian seperti ini tidak sepatutnya dipakai apatah lagi dijual. Tidakkah wanita tersebut peka dengan sensitiviti orang ramai? Ini sememangnya satu penghinaan terhadap Islam.
Tolong jangan bagi alasan yang tak masuk akal lagi kali ini. Siasat dan tangkap mereka yang sengaja menghina Islam. Kalau kes Kiki CDM25 boleh ditekan sampai PDRM ambil tindakan tegas, kenapa tidak dengan kes wanita ini?
Pelancar Peluru Berpandu Disorok Nahas MH17 #MH17 #PrayMH17>
SEBUAH sistem pelancar peluru berpandu BUK M2 yang didakwa telah menembak jatuh pesawat MH17 berjaya dirakam di kawasan pangsapuri era Soviet di Torez, Ukraine selepas beberapa jam nahas itu berlaku.
Sistem penggempur yang mempunyai empat peluru berpandu itu kelihatan diselimut ketika gambar dirakam kira-kira lebih 10 kilometer dari lokasi kejadian.
Peralatan menembak pesawat milik puak pemisah pro-Rusia itu didakwa sedang dilarikan ke Rusia pada Jumaat.
A view of what is believed to be a BUK surface-to-air missile battery being driven along a path on July 17 in Torez, Ukraine
Penggempur udara, BUK M2 yang didakwa sedang dilarikan ke Rusia selepas menembak jatuh MH17 di Torez yang terletak kira-kira 10 kilometer dari lokasi nahas.
Menurut laporan dailymail.co.uk, ketika gambar dirakam, dua daripada empat peluru berpandunya telah digunakan dan ia dipercayai menembak jatuh pesawat MH17.
Dalam nahas udara pada Khamis, seramai 298 penumpang dan anak kapal maut apabila pesawat yang dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur ditembak jatuh di Timur Ukraine.
Perbuatan tidak bertanggungjawab itu didakwa dilakukan oleh puak pemisah pro-Rusia yang menawan Donetsk.
A view of what is believed to be a BUK surface-to-air missile battery being driven along a path on July 17 in Torez, Ukraine
Sementara itu, Pakar Pentagon mendakwa, mustahil bagi pihak puak pemisah untuk melancarkan peluru berpandu berkenaan jika tidak dibantu oleh tentera Rusia.
Dia juga menyifatkan tindakan itu sesuatu yang kejam kerana mengorbankan orang awam yang tidak mempunyai kaitan dengan perbalahan tersebut.
Subscribe to:
Comments (Atom)



