Thursday, 26 June 2014

PELIK!! Trend Terkini Potong Jari Kaki Untuk Kelihatan Cantik..

High heels disukai para wanita kerana membuat mereka tampil lebih cantik dan lebih percayakan diri. Namun sepertinya keperluan untuk tampil cantik dengan high heels semakin melampau. Bahkan beberapa wanita rela memotong jari kakinya agar kelihatan semakin sempurna memakai kasut tumit tinggi itu.


"Cinderella Surgery", adalah prosedur kecantikan untuk membentuk jari kaki agar kelihatan sempurna memakai high heels. Pembedahan itu diasaskan pada fakta bahawa kebanyakan orang mempunyai jari kaki yang tidak rata. Fungsi pembedahan ini adalah untuk memanjangkan atau memendekkan jari kaki agar kelihatan rapi serta untuk membuang tulang. Awalnya, pembedahan ini popular di Amerika Syarikat dan kini tela tersebar hingga ke negara lain.Dr. Jason Hargrave mengatakan bahawa pembedahan ini boleh mewujudkan mimpi wanita yang ingin tampil sempurna memakai killer heels ( lebih dari 10 cm) yang popular di siri "Sex and the City". Kebanyakan pesakit tidak boleh memakai high heels yang bahagian depannya terbuka kerana jari kaki mereka kelihatan hodoh.

Paulina Charlikowska salah satu wanita yang melakukan pembedahan ini rela berhabiskan wang hingga US $7,500. Oktober tahun lalu Paulina memutuskan untuk memendekkan jari kedua dan ketiganya sekitar 1 cm di klinik Dr. Jason.

"Prosesnya satu jam dan aku tidak merasakan apa-apa tapi aku mendengar tulang dipotong yang mengerikan," kata Paulina.

"Setelah itu juga tak ada rasa sakit tapi jariku diletakkan dawai selama 5 minggu dan jari lain terkena jangkitan sehinggalah aku minum antibiotik," Paulina menambah.




Setelah dawai dilepas, Paulina masih harus berjalan menggunakan tongkat selama beberapa minggu hingga boleh normal kembali. Kini Paulina merasa puas setelah melihat kakinya lebih kecil satu saiz berbanding sebelumnya.

PAKAI SKIRT, TAPI PERSENDA TUDUNG, KES BUDAK SEKOLAH.

Apalah nak jadi dengan bebudak sekolah sekarang, tapi ini semua bukan salah ibu yang mengandung, semua ini ada lah kerana pengaruh...dari luar.
INI adalah gambar yang tersebar akhir tahun lalu.
Mungkin ada sebahagian yang sudah melihat gambar ini.
Dan mungkin ada ramai yang belum.
Apa yang hendak disampaikan di sini ialah, mengapa budak-budak zaman sekarang adakalanya tak faham erti sensitiviti?
Benda yang berkaitan dengan agama dan budaya kaum lain haruslah dijauhi dari dijadikan bahan lawak jenaka.
Terutama di era di mana maklumat boleh berdedar ke serata dunia dalam beberapa saat, maka privasi dan tindak-tanduk diri harus dijaga dengan baik.
Gambar-gambar ini pun diletakan di Facebook yang mana ia boleh diakses dan dicapai banyak pihak dengan mudah.
Satu benda kecil boleh mencetuskan perkara yang besar. Mungkin gambar ini belum mencapai tahap itu, namun sikap seperti ini harus dikekang sejak awal lagi.
Mungkin budak dalam gambar ini terasa dirinya lawa sangat sehingga boleh mempermainkan apa sahaja. Namun kesan kebodohannya mampu menguris hati banyak pihak. –Webberita | Terkini via MyNewsHub


lagi canggih....