Dakwa diganggu bekas teman lelaki, diugut wanita tak dikenali. Tidak tahan diganggu bekas teman lelaki, malah mendakwa diancam dan
diugut wanita tidak dikenali, Nad Zainal membuat laporan di Ibu Pejabat
Polis Daerah (IPD) Ampang, awal pagi semalam.
Nad buat laporan polis
Gambar kecil Nad di sisi bekas kekasih, Azwan.
Tidak tahan diganggu bekas teman lelaki, malah mendakwa diancam dan diugut wanita tidak dikenali, Nad Zainal membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang, awal pagi semalam.
Pelakon terbabit membuat laporan polis itu sambil ditemani ibu bapa dan presiden kelab peminatnya.
Nad mendakwa, seorang wanita yang tidak dikenali menghubunginya sebanyak tiga kali dengan menggunakan nombor telefon berbeza.
Menurut Nad, beliau hairan bagaimana wanita terbabit memperoleh nombor telefon bimbitnya yang tidak pernah diberi kepada orang lain. Setiap kali menghubunginya, Nad mendakwa wanita terbabit bertutur dalam nada berbaur negatif.
No comments:
Post a Comment