Saturday, 19 July 2014

Akhirnya maut memisahkan pelajar Malaysia, Belanda sebagai pasangan kekasih>

Akhirnya maut memisahkan pelajar Malaysia, Belanda sebagai pasangan kekasihBekas pelajar Melbourne University, Elaine Teoh (gambar), dan teman lelakinya Emiel Mahler, yang terkorban dalam tragedi MH17 merupakan pasangan kekasih yang amat menghormati satu sama lain hingga ke akhir hayat mereka, kata rakan baik mereka Tan Sook Theng. "Melihatnya begitu bahagia di alam percintaan membuat saya, sebagai seorang kawan, berasa sungguh bersyukur kerana nasib mempertemukan mereka dan alangkah baiknya jika semua orang mempunyai hubungan baik seperti yang terjalin antara mereka.
"Mereka menjadikan kehidupan satu sama lain begitu bahagia, sambil mempamerkan kebaikan masing-masing. Sesungguhnya, mereka saling melengkapi kehidupan satu sama lain," katanya melalui e-mel.
Tan, 27, yang berkawan rapat dengan Teoh sejak 13 tahun lepas, bercadang menjemput rakannya itu di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) pada 6.10 pagi hari berkenaan, sebelum mengetahui bahawa pesawat yang dinaiki pasangan itu terhempas di Ukraine.
"Kali terakhir kami berhubung melalui Whatsapp ialah pada hari dia menaiki pesawat berkenaan dan kami tidak sabar untuk bertemu kembali setelah berjumpa kali terakhir pada Januari tahun ini.
"Kami merancang mengisi hujung minggu ini bersama-sama dan selama ini, kami saling berhubung setiap minggu. Sekarang, tak ada lagi semua itu," kata Tan.
Sambil menyifatkan Teoh sebagai seorang yang pintar, kelakar dan manis, Tan berkata rakannya itu sering menjadi tempatnya berkongsi pelbagai perkara dan meminta pertolongan.
"Dia baik hati, bersemangat tinggi dan penyayang. Dia ibarat anggota keluarga saya sendiri," kata Tan.
Teoh, yang berasal dari Pulau Pinang, dan Mahler, warganegara Belanda, kedua-duanya berusia 27 tahun, tinggal di Melbourne dan bertugas dalam bidang kewangan.
Pasangan yang mula menjalin ikatan pada 2012 ini bercuti di Portugal dan Belanda sebelum menaiki Penerbangan MH17 pada tengahari Khamis dari Amsterdam ke Kuala Lumpur.
Hingga kini, laman Facebook Teoh dan Mahler dibanjiri mesej oleh ahli keluarga dan rakan mereka untuk mengucapkan takziah tentang pemergian pasangan itu.
Tulisan terbaru dalam Facebook Teoh berbunyi: "Pergimu terlalu awal, antara manusia paling baik, mesra dan berhemah yang pernah saya jumpa. Wanita yang tidak lokek dengan senyuman dan berjiwa besar."
Rakan Mahler bernama Jee Wok Jung pula menulis dalam laman Facebooknya: "Kami akan amat merinduimu. Lelaki yang amat baik, kami tidak akan lupa semua saat indah ketika bersamamu dulu. Tenanglah kamu di sana, duhai sahabat!"
Sementara itu, saudara lelaki Teoh bernama David menulis dalam laman Facebooknya: "Walaupun kami faham terdapat pelbagai pendapat dan komen tentang MH17, tetapi saya meminta semua kawan saya supaya terus bersikap bijak dan tenang apabila membicarakan tentangnya dan berdoalah untuk keluarga saya ketika kami menghadapi detik-detik yang mencabar ini. Doa dan ingatan anda amat kami hargai."
Pesawat Malaysia Airlines penerbangan MH17, yang membawa 298 penumpang dan anak kapal, terhempas di timur Ukraine ketika dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur pada Khamis. – Bernama, 19 Julai, 2014.

Kejam - Janin bayi di buang dalam beg di di Empangan Sungai Kulim !

BUKIT MERTAJAM - Seorang lelaki terkejut apabila bungkusan kain yang disangka sampah yang ditemui di pintu air Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) empangan Sungai Kulim, Guar Perahu di sini mengandungi janin bayi.
   
Lelaki itu, yang lalu di kawasan berkenaan menemui janin itu pada 2.45 petang tadi, kemudian menghubungi polis untuk memaklumkan perkara tersebut.
   
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Rusli Mohd Noor berkata, ketika ditemui, janin bayi yang cukup sifat itu dibungkus dengan kain putih.
   
"Keadaan janin itu sudah berwarna biru dan kita percaya janin itu dibuang lebih daripada 24 jam, setakat ini, identiti dan bangsa tidak dapat dipastikan," katanya ketika dihubungi hari ini.
   
Rusli juga berkata semasa pihaknya menjalankan siasatan di kawasan penemuan janin itu, polis menemui mayat seorang lelaki dipercayai warga asing terapung di empangan berkenaan.

Beliau berkata mayat itu, yang dibungkus dengan kain pelikat, ditemui kira-kira 50 meter daripada janin berkenaan.
   
"Pasukan forensik telah menjalankan siasatan awal dan mendapati tiada unsur-unsur jenayah dan mangsa dipercayai dibuang di empangan berkenaan lebih 24 jam berdasarkan keadaan mayat," katanya.
   
Rusli berkata janin dan mayat lelaki itu dihantar ke Hospital Seberang Jaya untuk bedah siasat.
   
Beliau meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung janin dan mayat lelaki berkenaan agar menghubungi balai polis berdekatan bagi membantu siasatan. 

Gambar panas Maria Farida pakai skirt belahan paras peha>

Mungkin korang masih ingat kontroversi yang dikaitkan dengan pelakon hebat bergelar HOT MAMA, Maria Farida gara-gara memuatnaik sekeping foto bikini dan seluar dalam miliknya di laman Instagram peribadi.

Perkongsian itu mendapat respon negatif dari para peminatnya sehingga membuatkan Maria naik angin dan masih geram sehingga kini. Salah siapa sebenarnya?

Apapun, lupakan gosip hangat itu sementara dan layan sekeping gambar panas Maria Farida di bawah ketika memakai skirt belahan paras peha.

Meskipun tampil secara santai dan nampak biasa namun oleh kerana gelaran imej seksinya selama ini, Maria tetap kelihatan begitu sensasi.



Wanita Pakai Baju Bertulis Ayat Al-Quran Cetus Kemarahan>

Seorang lelaki berbangsa Arab mengamuk dan memarahi seorang wanita di Pasar Raya Hero Taman Dagang, Ampang kerana memakai baju dengan corak ayat-ayat Al-Quran.

Namun, identiti wanita tersebut masih belum diketahui.

Dari sumber yang tidak rasmi mengatakan wanita ini berasal dari Korea. Dia membeli baju ini semasa melancong di negara India. Di baju tersebut, tertera surah Al-Fatihah. 

Isu ini amat sensitif. Isu ini memang menyentuh hati orang Islam! Silap-silap hari bulan, boleh jadi isu yang amat besar. 'Mereka' seolah-olah tidak pernah letih untuk menduga kesabaran orang islam.

Pakaian seperti ini tidak sepatutnya dipakai apatah lagi dijual. Tidakkah wanita tersebut peka dengan sensitiviti orang ramai? Ini sememangnya satu penghinaan terhadap Islam.

Tolong jangan bagi alasan yang tak masuk akal lagi kali ini. Siasat dan tangkap mereka yang sengaja menghina Islam. Kalau kes Kiki CDM25 boleh ditekan sampai PDRM ambil tindakan tegas, kenapa tidak dengan kes wanita ini?

Pelancar Peluru Berpandu Disorok Nahas MH17 #MH17 #PrayMH17>

SEBUAH sistem pelancar peluru berpandu BUK M2 yang didakwa telah menembak jatuh pesawat MH17 berjaya dirakam di kawasan pangsapuri era Soviet di Torez, Ukraine selepas beberapa jam nahas itu berlaku.


Sistem penggempur yang mempunyai empat peluru berpandu itu kelihatan diselimut ketika gambar dirakam kira-kira lebih 10 kilometer dari lokasi kejadian.

Peralatan menembak pesawat milik puak pemisah pro-Rusia itu didakwa sedang dilarikan ke Rusia pada Jumaat.

A view of what is believed to be a BUK surface-to-air missile battery being driven along a path on July 17 in Torez, Ukraine

Penggempur udara, BUK M2 yang didakwa sedang dilarikan ke Rusia selepas menembak jatuh MH17 di Torez yang terletak kira-kira 10 kilometer dari lokasi nahas.

Menurut laporan dailymail.co.uk, ketika gambar dirakam, dua daripada empat peluru berpandunya telah digunakan dan ia dipercayai menembak jatuh pesawat MH17.


Dalam nahas udara pada Khamis, seramai 298 penumpang dan anak kapal maut apabila pesawat yang dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur ditembak jatuh di Timur Ukraine.

Perbuatan tidak bertanggungjawab itu didakwa dilakukan oleh puak pemisah pro-Rusia yang menawan Donetsk.

A view of what is believed to be a BUK surface-to-air missile battery being driven along a path on July 17 in Torez, Ukraine

Sementara itu, Pakar Pentagon mendakwa, mustahil bagi pihak puak pemisah untuk melancarkan peluru berpandu berkenaan jika tidak dibantu oleh tentera Rusia.

Dia juga menyifatkan tindakan itu sesuatu yang kejam kerana mengorbankan orang awam yang tidak mempunyai kaitan dengan perbalahan tersebut.

Friday, 18 July 2014

Nahas MH17: Seorang Penumpang Kakitangan UMS>

ng shi ingJUMAAT, 18 JULAI - Seorang penumpang yang terlibat dalam nahas kapal terbang MH17 merupakan kakitangan akademik Universiti Malaysia Sabah (UMS).

Perkara itu disahkan Naib Canselor UMS, Prof. Datuk Dr. Mohd Harun Abdullah dalam satu kenyataan rasmi hari ini.
Katanya, kakitangan tersebut ialah Pensyarah Fakulti Psikologi dan Pendidikan dalam jurusan Teaching English as a Second Language (TESL).
Ng Shi Ing, 33, dalam perjalanan kembali ke Malaysia setelah membentang kertas kerja pada Persidangan Antwerp CALL 2014, the XVIth International CALL Research Conference di University of Antwerp, Belgium.
Pensyarah tersebut yang sepatutnya dijadual kembali bertugas pada Isnin depan turut ditemani anaknya yang berusia satu tahun serta adik perempuannya yang dipercayai sama-sama berada dalam tragedi kapal nahas berkenaan.
Berasal dari Muar, Johor, pensyarah yang memulakan tugas di UMS sejak September 2011 itu merupakan anak kedua daripada enam adik beradik kepada pasangan Ng Pae Soon, 67 dan Tan Ah Chin, 62.
Suaminya, Lt. Komander Lee Vee Weng, 35, merupakan seorang Pegawai Tentera Laut DiRaja Malaysia (TLDM) di pangkalan TLDM Sepanggar.
Berpewatakan ceria dan peramah, beliau merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda Sains dengan Pendidikan (Teaching English as a Second Language), Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan berkelulusan Sarjana Pendidikan  (Teaching English to Speakers of Other Languages) dari Edinburgh University, Scotland.
Rakan-rakannya menyifatkan beliau sebagi seorang pensyarah yang rajin dan amat berdedikasi terhadap tugas dan amanah yang dipertanggungjawabkan. Beliau aktif menghadiri seminar di peringkat kebangsaan dan antarabangsa sebagai pembentang kertas kerja seperti di Providence University, Taichung, Taiwan dan Beijing Foreign Studies University, China. -SS

Padah cabul gadis di bazar Ramadan>

KUANTAN - Seorang buruh warga Indonesia dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kuantan semalam atas dua tuduhan mencabul gadis ketika berada di tapak Bazar Ramadan Jalan Mahkota di sini, 15 Julai lalu.



Tertuduh, Malik Sarman, 46, mengaku bersalah bagi kedua-dua tuduhan sebelum dijatuhkan hukuman penjara selama dua minggu dan didenda RM1,000 atau penjara tiga minggu bagi setiap pertuduhan.



Bagaimanapun, hukuman penjara yang dihadapi berjalan serentak bermula dari tarikh dia ditangkap.



Berdasarkan pertuduhan dikemukakan Timbalan Pendakwa Raya, Farahah Mohd Nazari, tertuduh didakwa melakukan kekerasan jenayah mencabul dua gadis berusia 24 dan 18 tahun dengan menyiku buah dada mangsa tanpa kerelaan.



Perbuatan nakal yang dilakukan terhadap kedua-dua gadis itu berlaku serentak kira-kira jam 7.15 petang.



Tertuduh dihadapkan ke mahkamah semalam bagi menghadapi tuduhan mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda atau dengan sebatan atau dua daripada hukuman tersebu

WANITA-WANITA DI SHOW MOTOR CHINA INI DILUKIS TUBUHNYA TANPA MEMAKAI PAKAIAN>>

WANITA-WANITA DI SHOW MOTOR CHINA INI DILUKIS TUBUHNYA TANPA MEMAKAI PAKAIAN



Wanita-wanita Di Show Motor China Ini Dilukis Tubuhnya Tanpa Memakai Bra!..jom lihat..Cekidot..







Thursday, 17 July 2014

15 Gambar Nahas Pesawat MAS MH17 Yang Ditembak

15 Gambar Nahas Pesawat MAS MH17 Yang Ditembak

Berikut beberapa keping gambar nahas MH17 yang dilaporkan ditembak lalu terhempas di Ukraine di wilayah Snizhne.


15 Gambar Nahas Pesawat MAS MH17 Yang Ditembak


Menurut satu sumber, pesawat tersebut telah ditembak menggunakan "The Buk Missile" yang mana pelancar tersebut pernah dilaporkan dilihat oleh Associated Press di sebuah wilayah bernama Snizhne. Pesawat tersebut ditembak dengan cara "surface-to-air" menggunakan Buk Missile di altitud 10,000 di udara dan telah jatuh di kampung Hrabove, utara dari Torez, Ukraine.

Wilayah tersebut telah dilaporkan terjadinya beberapa perang di sana pada beberapa hari terakhir ini antara askar Russia dan pejuang pemisah Ukraine.

Semalam, sebuah pesawat milik Ukraine telah ditembak daripada "air-to-air" missile oleh sebuah pesawat Sukhoi milik Russia.















Pemilik kereta DAF1584 dituduh seret kucing beri penjelasan>

Pemilik kereta DAF1584 dituduh seret kucing beri penjelasan


Pemilik kereta Kancil DAF 1584 bernama Ahmad Dasuki dari Pasir Puteh ini tampil untuk membersihkan namanya. Dia memberitahu lelaki yang dilihat sedang memandu dan memegang kucing itu adalah seorang pomen dan kereta Kancil merah itu adalah miliknya.




Ahmad Dasuki mendakwa Kucing yang kelihatan diseret dalam gambar tersebut adalah sebenarnya bangkai seekor kucing yang telah membusuk hingga terpaksa dipegang menggunakan plastik. Dengan keadaan kepala yang sudah pecah dan baru yang sangat menusuk dihidung.


Ambo rasa kes panas baran perempuan cdm25 tu panass dahh..tp gak kes daf1584 lagi panah malam ni..letihh nk menjawab..kpd hok tau tu mitak tulo back up dehh..tq..parok2..nyaknyo pomen ambo kena fitnah kaw2.dia jo tulong amik kucing mapuh tu...ambo owner keta..", Jelas Ahmad Dasuki

Kadang kadang apa yang dilihat bukanlah seperti apa yang terjadi sebenarnya. Sama seperti kes ini. Sebenarnya sungguh murni hati mereka ini yang membantu mengalihkan bangkai kucing yang telah membusuk ke tepi jalan dari terus dilanggar oleh kenderaan lain. Oleh kerana bangkai sudah tentulah berbau busuk, tak ada sesiapa ingin membawa bangkai masuk ke dalam kereta. Tak semua orang punya hati murni nak alihkan bangkai haiwan ke tepi jalan.


Selepas ni diharapkan usahlah kita mudah membuat kesimpulan hanya dari sekeping gambar sebelum mendengar penjelasan dari empunya diri.

PESAWAT MALAYSIA (MAS) MH17 DI TEMBAK JATUH DI SEMPADAN UKRAINE DAN RUSIA >>



Awani melaporkan: Pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 yang terputus hubungan pada kira-kira 1415 (GMT)  dari waypoint Tamak, sekitar 50km dari sempadan Ukraine dan Rusia telah disahkan terhempas menurut laporan AFP.



AFP turut melaporkan beberapa mayat telah ditemui di sekitar lokasi pesawat terhempas dan serpihan dikatakan bersepah sejauh beberapa kilometer.

Ekor pesawat malang itu dijumpai di sebuah ladang jagung berhampiran manakala pasukan mencari dan menyelamat kelihatan di lokasi.

Pesawat Boeing 777 itu berlepas dari Amsterdam pada 12.15 tengahari (waktu tempatan) dan sepatutnya tiba di Kuala Lumpur pada pukul 6.10 pagi Jumaat.

Terdahulu, pesawat Malaysia Airlines MH17 dikatakan terhempas di Ukraine, lapor Reuter.



Pesawat terbabit membawa 280 penumpang dan 15 anak kapal.

 

Dalam pada itu, sebuah pusat operasi telah dibuka dan akan beroperasi 24 jam di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang.

Malaysia Airlines (MAS) dijadual mengadakan satu sidang media pada pukul 4 pagi di KLIA.



Wisma Putra kini sedang bekerjasama rapat dengan kerajaan Rusia dan Ukraine susulan laporan bahawa pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH17 telah terhempas di Ukraine, lapor Bernama.

Laporan itu menyebut Timbalan Menteri Luar Datuk Hamzah Zainuddin mengesahkan perkara berkenaan.

"Kami sedang bekerjasama rapat dengan kedua-dua kerajaan untuk mendapat maklumat.

"Buat masa ini, kami mempunyai beberapa maklumat, cuma tunggu nak mengesahkan sahaja", kata beliau ketika dihubungi Bernama hari ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak melahirkan rasa terkejut dengan kejadian yang dilaporkan menimpa pesawat Boeing 777 milik MAS penerbangan MH17.

Perdana Menteri menerusi akaun Twitternya berkata, kerajaan akan menyiasat segera kejadian tersebut.

Bagaimanapun Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menerusi akaun twitternya menjelaskan, masih belum ada pengesahan bahawa pesawat itu ditembak jatuh.

"Pihak tentera telah diarahkan untuk menyiasat kesahihan dakwaan itu. Kita juga bekerjasama dengan Kementerian Pengangkutan (berhubung insiden tersebut)," katanya.

MAS melalui Twitternya mengesahkan pihaknya gagal menghubungi pesawat MH17 yang dijadualkan dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur.

Kedudukan terakhir pesawat Boeing 777 itu dikesan berada di ruang udara Ukraine berhampiran sempadan Rusia.




Melalui tinjaun di laman time.com, puak pemisah menafikan telah menembak pesawat tersebut memandangkan keupayaan senjata mereka terhad. Namun rekod mereka sebelum ini menyatakan sebaliknya.

TRADISI ORANG MONGOLIA MAKAN TELUR KUDA HIDUP-HIDUP>



UPACARA MAKAN TELUR KUDA

Di mongolia terdapat suatu hobi pelik dan menyeramkan iaitu memakan telur kuda. Bagaimana hendak mendapatlkan telur kuda?

Senang sahaja. Hanya perlu pegang kuda beramai-ramai, buang ke tanah dan pegang telurnya serta potong dengan menggunakan pisau. Haiwan tersebut akan teriak dan tersiksa.

UPACARA MAKAN TELUR KUDA

UPACARA MAKAN TELUR KUDA

UPACARA MAKAN TELUR KUDA

UPACARA MAKAN TELUR KUDA

UPACARA MAKAN TELUR KUDA

UPACARA MAKAN TELUR KUDA

UPACARA MAKAN TELUR KUDA

UPACARA MAKAN TELUR KUDA

UPACARA MAKAN TELUR KUDA