Sunday, 13 July 2014

JERMAN VS ARGENTINA..JOM KITA LIHAT PASUKAN MANA ARTIS DAN PERSONALITI SUKAN MALAYSIA..

HANYA beberapa jam lagi juara Piala Dunia 2014 akan diketahui apabila perlawanan akhir menyaksikan pertembungan antara Jerman dan Argentina. 
Ketika ini, seantero dunia merasai bahangnya, begitu juga sebahagian artis dan personaliti sukan tanah air yang menanti-nantikan sepak mula perlawanan antara dua gergasi bola sepak dunia itu.
Mengikut sejarah, kedua-dua negara pernah menjulang trofi berprestij itu di mana Argentina pernah bergelar juara pada 1978 dan 1986, manakala Jerman juara pada 1954, 1974 dan 1990.
Yang pasti, sukan menyatukan semua dan awal pagi Isnin tentunya Dataran Merdeka, kedai mamak dan restoran 24 jam akan dipenuhi dengan peminat bola sepak untuk menyaksikan perlawanan yang dijadual bermula pada pukul 3 pagi waktu Malaysia itu.


Ikuti ramalan jaringan gol dan siapa pasukan pilihan beberapa artis dan personaliti sukan negara pada kempen Piala Dunia kali ini yang akan melabuhkan tirainya di Stadium Maracana, Rio de Janeiro, Brazil. Sumber

#Aktres Nur Fathia - Argentina


#Ketua Jurulatih Harimau Muda ADatuk Ong Kim Swee - Jerman menang 2-0


#Pelakon Kamal Adli Argentina


#Pemain Angkatan Tentera Malaysia (ATM)Hairuddin Omar atau Hai-O -Argentina menang 2-1.


#Pelakon dan usahawan Fizo Omar - Jerman 


Pemain Bola Sepak KebangsaanGary Steven Robbat - Jerman menang 2-0


#Pemain golf negaraAinil Johani Abu Bakar - Jerman menang 2-1


#Bekas Jurulatih KebangsaanWan Jamak Wan Hasan Jerman menang 2-0



Kira punya kita maka majoriti memilih Jerman sebagai pasukan pilihan untuk memenangi piala dunia 2014 termasuklah admin yang juga memilih Jerman.

Harus diingat PM kita juga telah memilih Jerman setelah pasukan pilihannya kecundang hehehe... jangan Jerman kena badi sudahlah gurau ja...semua dah ketentuan bukan sebab PM sangat pun cuma nak habaq ja.
















No comments:

Post a Comment